Chelsea bernasib baik
:: sukan :: Berita sukan
Page 1 of 1
Chelsea bernasib baik
ANELKA (kiri) menjaringkan gol penyamaan Chelsea pada aksi menentang Blackburn di Goodison Park malam tadi.
____________________________________________________________________________________________________
BLACKBURN - Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan di persada Liga Perdana England selepas menang 2-1 ke atas Blackburn di Goodison Park malam tadi.
Meskipun ketinggalan 0-1, skuad bimbingan Carlo Ancelotti tidak berputus asa, sekali gus bangkit menyamakan kedudukan sebelum meledakkan gol kemenangan.
Pada aksi itu, skuad The Blues dikejutkan dengan jaringan Benjani Mwaruwari menanduk masuk hantaran lintang El Hadji Diouf pada minit ke-21.
Begitupun, Chelsea kembali bangkit apabila Nicolas Anelka menyamakan kedudukan pada minit ke-39.
Tandukan Branislav Ivanovic pada minit ke-84 pula memastikan Chelsea meraih tiga mata penuh dan kini mendahului kedudukan dengan kelebihan lima mata di hadapan Arsenal yang terlebih dahulu menewaskan West Ham 1-0.
Dalam satu lagi perlawanan, Arsenal terus mengekori rapat Chelsea selepas menang 1-0 ke atas West Ham United hasil jaringan pada minit-minit akhir Alex Song.
Pemain tengah Cameroon memberikan kemenangan pasukan tuan rumah di Stadium Emirates menerusi rembatan jarak dekat pada minit ke-88, sekali gus kekal ketinggalan lima mata di belakang Chelsea.
Sebelum itu, Arsenal hampir membuka jaringan menerusi Samir Nasri dan pemain gantian, Theo Walcott tetapi kedua-dua percubaan berbahaya itu terkena palang gol.
Pada perlawanan lain, Everton menang 1-0 ke atas Stoke City, Fulham menewaskan Wigan 2-0 dan Wolverhampton mengejutkan Manchester City 2-1. - AFP
messi9- Boss
- Posts : 536
Reputation : 10
Join date : 01/08/2010
Location : Taiping , Perak
:: sukan :: Berita sukan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum