Negeri Sembilan terlepas gelaran
:: sukan :: Berita sukan
Page 1 of 1
Negeri Sembilan terlepas gelaran
PARA pemain Negeri Sembilan tidak dapat menahan kecewa selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
_________________________________________________________________________________________________________
KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.
Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.
Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.
Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.
Ternyata, tuah lebih memihak kepada skuad The Red Warriors yang dilihat tampil dengan semangat juang yang begitu tinggi biarpun suatu ketika ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan.
Pada aksi semalam, Negeri Sembilan yang di bawah kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 hasil daripada sepakan penalti yang diperoleh selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunanlan di dalam kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, Kelantan kembali memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan namun masih gagal memecah kebuntuan sehinggalah tamat babak pertama perlawanan.
Sebaik babak kedua, bersambung Kelantan yang dibimbing B. Sathianathan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Negeri Sembilan.
Kerja keras barisan kesebelasan utama Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar berjaya meledak gol penyamaan buat skuad The Red Warriors selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.
Selang lapan minit kemudian, skuad The Red Warriors membuktikan betapa mereka berhak memenangi perlawanan tersebut selepas Mohd. Badri Mohd. Rodzi muncul sebagai wira apabila meledak gol kemenangan buat pasukannya, sekali gus menambah derita buat Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Wan Jamak Wan Hassan.
messi9- Boss
- Posts : 536
Reputation : 10
Join date : 01/08/2010
Location : Taiping , Perak
:: sukan :: Berita sukan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum